About Me

My photo
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum... Namaku Mashitah Othman. I will always be the follower of Allah S.W.T. and Rasulullah S.A.W... Menulis itu salah satu hobi dan minat. Sekadar berkongsi pendapat dan perasaan. #Cerkon itu ialah 'Cerita Kontot' macam Cerpen ( Cerita Pendek )...

11 July 2013

Selamat datang Ramadhan! Bismillah...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum... Alhamdulillah, Syukur kepada Allah kerana kita dipertemukan lagi dengan bulan yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan yakni bulan Ramadhan... Rasa macam baru je sambut yang last year punye... Sekejap je masa berlalu... 

Pada bulan Ramadhan kali ini ialah kali pertama aku berpuasa dalam opis... Bagi aku puasa kat opis atau masa study dulu ok je... Sebab sepanjang hari dipenuhi dengan aktiviti tertentu. So, takdelah bosan sangat. Bila dah buat kerja ni rasa macam cepat je tiba waktu berbuka.. Hehehe...


Buat apa-apa pun mesti mula dengan Bismillah... Tahu?


Cuma cabaran pada aku buat masa ni bila nak balik rumah. Bulan ni dapat balik awal! Yihaaaaa...!! Kalau sebelum ni waktu balik jam 6 petang, dah bertukar jadi 5.30 petang... What? Setengah jam je awalnye? Hmm... Gitulah... Syukur jugak, at least sampai awal sikit... Sempatlah nak berbuka dengan family... *wink*

Ehemm... Ehemmm... Terpesong pulak topik tadi. Cabaran bila nak balik umah ni sebab kena travel jauh sikit la kan... Kena jalan dalam 5 - 10 minit > Tunggu bas (Bas ikut suka hati dia je bila nak muncul!) > Naik bas dalam 5 - 10 minit > Naik LRT Aliran Ampang > Sampai Masjid Jamek > Tukar tren Masjid Jamek > Sampai ke destinasi. Huhuuh... Total perjalanan memakan masa selama 1 jam atau lebih. So, sempat jugak sampai sebelum pukul 7 petang. Weee...

Apa yang perlu diingatkan ialah bila nak membeli juadah berbuka tu kenalah berpada-pada. Jangan membazir, nanti kawan dengan syaiton... Syaitan dah kene ikat, takkan kita nak ganti beliau... Betul tak? So far, nafsu makan aku tak berapa nak tinggi... Masih boleh kawal... Hihihik! Berbuka simple-simple pun ok... Yang penting air sedap! Huahuahua...

Last but not least... Selamat Berpuasa dan menjalani ibadah wajib dan sunat sepanjang bulan Ramadhan ini! Semoga ibadah kita diterima Allah S.W.T.





nota kaki : Next post nanti aku nak share resepi lah pulak... hehe... Insha Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...