About Me

My photo
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum... Namaku Mashitah Othman. I will always be the follower of Allah S.W.T. and Rasulullah S.A.W... Menulis itu salah satu hobi dan minat. Sekadar berkongsi pendapat dan perasaan. #Cerkon itu ialah 'Cerita Kontot' macam Cerpen ( Cerita Pendek )...

15 February 2013

A,B,C cekodok basi...

Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum... Hari ni aku nak bincangkan topik yang pendek tapi bermakna. Topik yang dah lama aku pendam... Tapi aku tak nak tulis. Sebab aku dah janji dengan diri sendiri yang aku hanya akan post perkara-perkara yang happy je... Hmmm... Walaupun post ni bukan perkara yang happy, tapi topik ini lebih kepada membincangkan perkara yang positif.

Topiknya mengenai Mendengar Pandangan Dari 'Kedua-dua Belah Pihak'. Aku sebagai orang tengah...

Situasinya ialah apabila aku mendapat perkhabaran dari seseorang ( Si A ) mengenai seseorang yang lain ( Si B , bukan huruf sebenar ). Si A bercerita tentang Si B. Dalam kes ini, A menceritakan perihal yang negatif mengenai B. Adakah aku akan serap 100% apa yang diceritakan oleh si A, tanpa mengambil kira cerita disebelah pihak si B? Apa yang perlu aku lakukan?

A.  Percayakan si A 100%
B.  Bertanyakan pula pada si B mengenai perkara ini dan mendengar pandangannya.
C.  Si A dan Si B, dua-dua pun tak boleh pakai! Maksudnya, kita tak payah amik port sangatlah...


Percayakan si A 100%

Pada pandangan peribadi, biasanya bila seseorang itu menceritakan sesuatu yang negatif tentang orang lain, mesti dalam keadaan marah sebab tak puas hati dengan apa yang dilakukan oleh pihak sebelah. Mungkin ada salah faham yang berlaku tanpa disedari. Secara logiknya, bila kita marah kita tak dapat berfikir secara rasional... Yang ada didepan mata ketika itu hanyalah keburukan. Bila kita marah, kadang-kadang tu boleh membuatkan kita menokok tambah cerita supaya kedengaran lebih best.

Pada pendapat aku, sebagai pendengar yang setia atau orang tengah kat situ aku dah dapat simpulkan yang si A ni tengah marah, so mesti dia cakap benda tak elok je... Logiklah kan? Biasanya bila kita cerita something kat orang mesti kita nak terangkan yang kita saja yang betul... Sebab kitalah watak utama dalam cerita tu... Nak-nak lagi kalau si A cuba jadi batu api, dan masukkan pula aku jadi watak sampingan... Lagi meletup dan dapat rating tertinggi sebagai drama paling best abad ini... Dah tentu 'outcome'nya menjadi negatif.

Perkara yang baik yang aku boleh buat sebagai pendengar ialah aku cuba jadi positif dan menjadi 'neutral'... Asid tidak, Alkali pun tidak... pH balance 7... Huhuh... Apesal tetiba masuk bab sains pulak ni? Sebab kenapa? Sebab aku belum tahu lagi cerita disebelah pihak lagi satu...


B. Bertanyakan pula pada si B mengenai perkara ini dan mendengar pandangannya.

Kalau kita dengar cerita si A je, adalah tidak adil bagi pihak si B kan? Kalau pun si B tak tahu yang si A tu menyampaikan cerita kat orang lain, bagi pihak aku sebagai 'orang tengah' ni nampak sangat aku ni bias... Oleh sebab aku dah tetapkan diri untuk menjadi 'neutral', maka aku mengambil keputusan untuk bertanya sendiri pendapat si B pula... Barangkali ada perkara yang kurang dalam isi penceritaan si A?

Setiap orang punya peluang untuk menjelaskan semua perkara yang dipendam bukan? Mungkin si B ada cerita disebalik salah faham yang berlaku? Dan mungkin juga cerita itu tanpa diketahui oleh si A... Sebab si A bukan Tuhan yang tahu segala-galanya apa yang si B fikirkan... betul tak?



C. Si A dan Si B, dua-dua pun tak boleh pakai! 

Mungkin juga ada situasi yang aku tak berapa nak kenal pun si A dan si B. Maybe baru kenal... Tak berapa faham pun perangai diorang ni macamana? Bukankah kita lebih percaya dengan orang yang kita dah lama kenal? I never talk to stranger... Lagi-lagi kalau hal peribadi... Dalam hal ni, lebih baik jangan percaya sangat... Dengar tu boleh, tapi tak payah amik portlah!

Sebab kadang-kadang bila dengan seseorang yang kita tak berapa kenal ni mudah kita diperdayakan. Senang sangat nak kena racun. Sebab kita belum betul-betul kenal hati budinya... 

Bagi aku, kalau aku jadi si A, aku akan ceritakan pada seseorang yang betul-betul rapat dengan aku... Sebab aku percayakan dia. Insha Allah dia akan cuba bagi nasihat yang berguna... Tapi make sure la orang tu pun baik dan sentiasa berfikiran positif. Melainkan kalau aku sengaja nak buatkan seseorang tu pun membuat tanggapan yang negatif terhadap si B... Senang cerita, nak bagi orang lain pun ikut tak suka dengan si B la...


Kesimpulan...

Aku sebagai 'orang tengah' juga memainkan peranan yang besar juga dalam hal ni... Aku ada 2 pilihan... Menjadi pendengar yang baik dan cuba memberi pendapat yang baik kepada kedua belah pihak, atau menjadi orang yang ingin melaga-lagakan kedua belah pihak... 

Pada pendapat aku, kita kena dengar pendapat kedua orang pihak... Jika kita dengar disebelah pihak saja melalui telinga kanan, adalah tidak mustahil kita juga akan mendengar bisikan Syaitan di telinga kiri... Makanya jangan benarkan telinga kiri kita dipengaruhi oleh bisikan Syaitan yang gemar menghasut keturunan Adam... Syaitan itu musuh yang nyata, perangilah musuh ketat kita!

Adapun, kalau situasi ini berlaku keatas diri aku ( Kalau aku jadi si B)... Firstly, aku maafkan perbuatan si A sebab aku tahu si A tengah marah... Aku tahu Allah dah ciptakan manusia tu punya hati yang baik, takde siapa pun yang jahat... Pernah ada kawan aku cakap, "Kadang-kadang orang yang jahat tu la yang paling baik!" Aku rasa ada betulnya apa yang dia katakan! Sebab takde manusia yang jahat, hanya iman dan amal sahaja yang membezakan sifat seseorang itu. Cuma sifat marah tu diakui sangat sukar untuk dikawal... Lagipun kalau kawan yang dah lama kenal, mesti aku tahu kebaikan yang dia pernah lakukan pada diri aku. Lainlah kalau diawal perkenalan dah nampak niat buruk dia bila berkawan dengan kita. Seriously aku tak marah langsung... 

Secondly, kalau aku jadi si A... Aku nak mintak maaf banyak-banyak dekat si B dan orang tengah tadi... Sebab aku dah lepaskan kemarahan pada orang yang tak sepatutnya tahu... Sepatutnya aku setel berdua dengan si B... Tak perlulah aku babitkan orang lain untuk menambahkan lagi dosa aku yang dah berbakul-bakul ni... huhu... And I feel bad for si B yang tak tahu apa-apa mungkin... Tentu sekali kita tak nak menjadi seseorang yang bukan diri kita... Sebagai contoh, kita tak suka orang yang cakap dibelakang orang lain, tapi bila kita juga melakukan perkara yang sama, kita juga automatik jadi macam orang yang kita tak suka... So, apa sebenarnya yang kita mahukan?

Lastly, pujuk diri untuk berfikiran positif... Tak kira lah kita ni A, B atau C... Jika cara kita fikir adalah positif, maka baiklah jadinya... Jika fikir negatif, buruk jugalah jadinya....

Topik kali ini adalah untuk kesedaran diri dan mungkin juga untuk renungan kepada sesiapa yang membaca. Ada perkara yang kita memang tahu kebenarannya, tapi sengaja buat-buat tak tahu... 


Wallahualam...


Nota Kaki : Kadang-kadang perkara yang berlaku diluar kawalan dan kesedaran kita. Apa yang nak dihairankan? kita memang hina dan tidak sempurna... Aku sangat inginkan perubahan yang lebih baik dalam diri aku, inshaAllah... Doakan ya... Aaminnn...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...