About Me

My photo
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum... Namaku Mashitah Othman. I will always be the follower of Allah S.W.T. and Rasulullah S.A.W... Menulis itu salah satu hobi dan minat. Sekadar berkongsi pendapat dan perasaan. #Cerkon itu ialah 'Cerita Kontot' macam Cerpen ( Cerita Pendek )...

18 September 2012

Dulu dan Kini

Assalamualaikum...

Mak pernah cakap, masa aku kecik-kecik dulu aku ni pendiam orangnya... Kurang bercakap, kurang menangis... Bak kata orang tak 'cengeng' la... Mak aku yang cakap la kan... Menangis tu ada... Biasalah, kalau dah kena marah, nangis je la kan... Seingat aku time kecik-kecik dulu aku tak reti nak mengadu... Pasal kalau aku mengadu, nanti aku yang 'kena' balik... Sebab tu masa tadika dulu, ada orang buli aku pun aku tak kabor dengan Mak... Kalau cerita pun, mesti takde respon yang diinginkan... Wahaha... Sabar je la yang aku boleh buat... Nasib baik ada Cikgu Nashibah ( Cikgu Tadika ) yang tolong lapkan air mata dan air hingus yang meleleh... Dari situlah aku diajar bersabar, dan biar je apa orang lain nak buat... Yang pasti, aku percaya Allah itu sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar... Dia sahaja yang layak mengadili... Bukan kita manusia yang serba kekurangan ni...


Ok, tengok tarikh... *wink* 22 tahun yang lalu...


Tak lekang buku tu kat tangan... Aku rasa seperti di'setup'kan... Hohoho..


Confirm... di'setup'kan! Hahaha... "Layankan je la..." Kate aku dalam hati.


Ok, macam takde beza pun dengan sekarang...



Itu cerita time kecik-kecik dulu... 23 Tahun kemudian... Beza betul dengan diri aku yang sekarang ni... Hohoho... Apa kes sekarang dah pandai mengada-ngada? Cengeng? Degil? Ketegaq? Pemalu? Nakal? Banyak mulut? Hihihi... Perubahan tu semua dari diri sendiri jugak... Kita ada pilihan kan?

23 Tahun tu sepatutnya dah cukup matang kan? Pilih la jalan hidup yang lebih baik... Sampai bila nak kekal begini? *terpanah dihati*


Deanna Yusoff ke tu?? Cover magazine tu la...




Nota Kaki : Terima Kasih Ya Allah, kerana masih lagi memberi peluang untuk aku bernafas di dunia Mu ini... Semoga 23 tahun ini tidak sia-sia dan berharap agar Engkau mengampuni dosa-dosa yang ku lakukan selama ku hidup didunia ini... Amin...

16 September 2012

Bila Mash Tensen...

Assalamualaikum...

Hari ni sebabkan tensen menatap assignment yang tak abis-abis tu... Nak release tensen sikit... Jom main 'Cari Nama Tersembunyi'....


Ini kes tak reti eja Mashed Potato la ni... Susah-susah sangat tulis je 'kentang lenyek'... Hihihi... 
(Lokasi : Teluk Cempedak)


Cari nama tersembunyi.... 


Jemputlah... hihhihi!




Nota Kaki : Mash dimana-mana.... :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...