About Me

My photo
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum... Namaku Mashitah Othman. I will always be the follower of Allah S.W.T. and Rasulullah S.A.W... Menulis itu salah satu hobi dan minat. Sekadar berkongsi pendapat dan perasaan. #Cerkon itu ialah 'Cerita Kontot' macam Cerpen ( Cerita Pendek )...

11 June 2013

Apakah makna semua ini?

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum... Alhamdulillah, sekarang ni aku dah sihat daripada demam dan selesema. Walaupun masih ade lagi saki-baki selesema sikit dan batuk sikit, tapi aku bersyukur sebab tahap kesihatan aku semakin baik... Weeee... 

Muka orang sihat macam ni la kot!


Cukuplah dapat MC 1 hari je, sebab aku ada amik cuti 2 hari pada hari Jumaat dan Sabtu lalu sebab nak pergi kenduri roommate/classmate time belajar Degree kat Muar, Johor. Insha Allah sekiranya ada kelapangan nanti aku update! ^^

Gigih nak update blog kan? Sebab dah janji nak merajinkan diri untuk menulis sesuatu diatas nota aku yang tak semenggah ini. Huhuhu... Amik masa dalam office untuk buat pos ni. Mentang-mentang bos takda! Hahaha... Tapi lepas lunch nanti ada meeting dengan client. Tapi tak pasti bilakah waktunya... Kalau ada nanti, ada lah!

Kat opis ni sejuk jugak... Aku ni dah la 'slim river'... Bile dah slim river ni, kalau rasa sejuk dia sampai ke tulang gitu! Hihihi... Pastu bile dah sejuk, cepat lapar... Pagi-pagi makan nasi lemak pun tak jalan! Bila dah pukul 12 nanti lapar dah... Padahal lunch hour pukul 1! So, terpaksalah sediakan kudap-kudapan untuk mengalas perut ku. Lagi satu, time petang-petang pun ialah waktu perut aku menyanyi lagu "Segala kata cacian, yang telah engkau berikan, membuat ku rasa perut kosong...kosong...oh!"


Terima Kasih Munchy's kerana berada disisi ku selalu! (Gambar ni terbalik, malas nak edit, sebab amik gambar pakai webcam! kbai!)


Yes, sekali lagi posting yang takda tema dan cerita yang menarik... Saja-saja merapu... Hahaha... Sengaja merugikan kertas... Mohon jangan tiru perangai aku yang tak semenggah ini. Pembaziran itu amalan Syaitonn... Hehehe...


Nota kaki : Dimana ada kaki, disitu ada jalan!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...