About Me

My photo
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum... Namaku Mashitah Othman. I will always be the follower of Allah S.W.T. and Rasulullah S.A.W... Menulis itu salah satu hobi dan minat. Sekadar berkongsi pendapat dan perasaan. #Cerkon itu ialah 'Cerita Kontot' macam Cerpen ( Cerita Pendek )...

16 June 2012

Menuju puncak!

Assalamualaikum w.b.t...


"Mashitah, awak tak nak pergi ke Gunung Brinchang?"
"Hmm... Takde member la cikgu..."
"Ok... So, tak jadi ikut la ni?"
"Tak... Lain kali kot... "


3 hari sebelum bertolak ke Cameron Highlands...


"Cikgu, ada kekosongan lagi tak kalau saya nak join pergi Gunung Brinchang?"
"Hmm... Dah penuh la Mashitah..."
"Yeke? Hmm..."
"Hmmm... Tapi, kalau awak nak pergi jugak saya boleh adjust..."
"Boleh ke?"
"Boleh... Tadi ada jugak budak yang nak join, tapi saya kata dah penuh... Tapi sebab awak yang nak pergi, saya bagi peluang..."
"Betul ke??? Terima kasih cikgu!"


Bertuahnya badan! Tak sangka last-last minute macam ni aku boleh tukar fikiran... Kenapa boleh jadi macam tu? Err... Ada sebabnya! Tapi rasanya dah tak penting lagi untuk aku ingat... Apa yang penting, dari sinilah tercetusnya minat aku dalam aktiviti mendaki gunung. Gunung Brinchang, Cameron Highlands yang menjadi saksi dan bermulanya cintaku pada keindahan alam semulajadi di puncak yang tinggi!

Semasa entri ini ditulis, aku baru je selamat pulang dari mendaki Bukit Broga... Hehehe... Dah lama sangat nak try naik puncak Broga. Sebabnya panas hati tengok orang lain upload gambar kat facebook! ( Ni zaman aku ada FB, sekarang dah takde! ) Huhuhu... Ini kes jeles le ni eh? Jeles takpe, jangan dengki!  Kwang... Kwang...Kwang...

Tapi entri pasal Broga aku nak save untuk post yang akan datang... Hehehe... Untuk entri kali ni nak share gambar-gambar 'bahagia' ketika aku 'bercinta' dengan alam dan gunung suatu ketika dulu... Ececeh... Ni mesti kes teringat zaman kegemilangan di SMKSU... Cewah! Nota Sejarah yang takkan aku lupa sampai bila-bila... InsyaAllah...


1. Gunung Ledang, Johor

Spot me!


Atas puncak Ledang...

Mata tak boleh bukak... Panas!




2. Gunung Nuang


Bersama junior dan abangku... 


3. Gunung Tahan, Pahang



Cantik seluar!

2187 M

And we were here...


The view from Mount of Tahan.... Subhanallah....


Selepas aku join mendaki Gunung Brinchang pada tahun 2003, aku tak berhenti minat aku disitu... Sebaliknya diteruskan pada tahun berikutnya di Gunung Bunga Buah, Genting Highlands dan juga pada tahun seterusnya sehinggalah aku menamatkan sesi persekolahan. Gunung Tahan ialah gunung terakhir sebelum aku sambung belajar diperingkat yang lebih tinggi.


En. Zul & Wani...

Beliau inilah yang bertanggungjawab mengajak aku mengenal keindahan alam ciptaan Yang Esa. Sejak dari 2003 sehingga sekarang... Terima kasih cikgu! Cikgu je yang faham dan discover 'sisi ganas' saya... Hehehe... Tak sangka peluang yang cikgu pernah bagi tu sangat-sangat berharga... *wink*

"Jangan serik ajak saya ye cikgu!"
"Ok... No problem!"


*Entri mengembalikan nostalgia semata-mata. Hahaha..



Nota Kaki : Gambar di Gunung Brinchang dan Gunung Bunga Buah takde sebab tak scan... hehe...

Mari Amalkan Sunnah Hari Ini : MASHI

Assalamualaikum w.b.t...

Entri kali ini ialah perkongsian ilmu untuk tatapan pembaca dan buat diri aku sendiri. Nota untuk dimanfaatkan oleh semua... Mengenai cara pemakanan dan diet kita sehari-hari. Kadangkala kita ni main sumbat je semua benda dalam badan. Yang penting "Gendang-gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati". Kalau suka hati tu ok la, baguih dok ado la tu. Tapi tahukah korang? Makan secara 'suka-suki' pun boleh memudaratkan badan kita. Bila dah tersalah makan, bukan suka hati lagi! Gendut... Tahu gendut? Hehehe...

Mari kita tiru dan ikut sunnah Rasulullah S.A.W dalam berdiet. Sesuatu yang kita tidak boleh pertikaikan dalam kehidupan seharian...


  • JANGAN makan SUSU + DAGING
  • JANGAN makan DAGING + IKAN 
  • JANGAN makan IKAN + SUSU
  • JANGAN makan AYAM + SUSU
  • JANGAN makan IKAN + TELUR
  • JANGAN makan IKAN + DAUN SALAD
  • JANGAN makan SUSU + CUKA
  • JANGAN makan BUAH + SUSU ( Cth: Koktel )
  • JANGAN sesekali tinggal makan malam. Sesiapa yang skip dinner dia akan dimakan usia & kolestrol dalam badan berganda.
  • JANGAN makan buah selepas makan nasi, seeloknya makan buah dulu barulah makan nasi.
  • Tidur 1 jam selepas makan tengahari.

*Info didapati daripada bahan bacaan lain... Wallahua'alam...



Bila ada perkataan 'jangan' mesti ada sebab kan? Memang setiap benda berlaku mesti bersebab. Sedangkan manusia hidup didunia juga bersebab... So, jangan buat-buat pelik kenapa ada pantang larang... Kalau tak tahu, sila ambik tahu dan kaji dulu... Dan alamak... Koktel bersusu tak boleh makan rupanya... Ok, take note! 


Kepada yang telah mengikuti amalan ini, Alhamdulillah... Tahniah untuk korang... *tepuk tangan*... Bagi yang belum, apa kata "Mari Amalkan Sunnah Hari Ini... " ^^

Kau inspirasi, walau kau pergi namun kau tetap dihati para Umat mu... :)


Nota Kaki : Kalau tiru benda baik apa salahnya kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...